Ini al-kisah bagaimana Kak Long mula membuat kuih cara berlauk dan terus membuatnya sehingga kini. Bulan Ramadhan tahun 2009, pada satu hujung minggu, adik akak, Aman dan isterinya berbuka puasa di rumah mak dan ayah Teringat pula...rumah lama di Damansara dahulu. Aman suka makan kuih cara berlauk, maka pada hari tersebut dia dan isterinya pergi ke bazar Ramadhan Kelana Jaya. Menjelang waktu berbuka puasa kami menghidang kuih muih yang dibeli bersama2 juadah berbuka puasa yang dimasak. Bila azan berkumandang kami pun mulalah la merasa semua kuih2 yang dibeli itu...rupa2nya kuih cara berlauk yang Aman dan Noreen beli tu dah basi! Sakitnya la hati Kak Long bila memikirkannya. Kalau nak menjual, jual la makanan yang dimasak dengan elok. Ini tidak...duit orang diambil, tapi makanan yang dijual sudah basi. Apakah???
Esoknya, atas rasa tidak puas hati, Kak Long nekad nak cuba buat kuih cara berlauk sendiri. Adunan sudah dibuat, tapi acuannya pula tiada. Takpe...be creative...guna muffin tin. Tu diaaa.... punya la besar kuih2 tu jadinya. Nak letak gambar dah takde pulak dalam simpanan... Kalau ada nanti Kak Long post di blog ni ye. Puas hati makan bersama ahli2 keluarga yang lain. Since that day, Kak Long cuba dan cuba lagi membuat kuih cara berlauk ni sehingga perfect pada standard Kak Long. Mak suka kuih cara manis, jadi ada juga la Kak Long buat. Sekarang ini dari masa ke semasa bila teringin makan kuih cara ni, Kak Long akan buat sendiri. No more buying them at the bazar Ramadhan. Inilah hasil air tangan Kak Long membuat kuih2 cara berlauk dan manis.
|
Kuih Cara Berlauk Daging |
|
Kuih Cara Manis |
No comments:
Post a Comment