Salam pagi Jumaat untuk semua. Kita sebagai manusia memanglah tidak sempurna. Ada saja yang tak berpuas hati. Beberapa minggu lepas, musim hujan. Semua mengeluh kerana setiap hari hujan lebat, aktiviti harian agak terganggu dek kerana hujan lebat. Seminggu ini pula, cuaca amat panas...pun kita mengeluh kerana panas, dahaga, migraine dan sebagainya. Kak Long rasa kita sepatutnya bersyukur tak kira hujan atau panas. Kedua-duanya rahmat dari Allah...manfaatkanlah rahmat yang Allah beri kepada kita. Sememangnya dua tiga hari ini terasa bahang matahari walau pun awan menebal namun tidak pula hujan turun membasahi bumi. Mungkin awan sedang berkumpul untuk turun sebagai hujan di minggu yang lain. Pagi ini, pagi Jumaat yang mulia ini, dengan kuasa Allah, turun juga hujan dengan selebat2nya. Hujan rahmat...walau pun seketika cuma, dalam 10 minit tetapi memadai membasahi bumi yang sedang "dehydrated" ini. Semoga hari Jumaat ini menjadi hari yang produktif bagi kita semua.
No comments:
Post a Comment